Tanggal bulan 6 pada cuti semester enam bermulanya satu pengalaman baru bagi aku dan kawan-kawan yang bakal bergelar seorang guru. Kami telah diwajibkan untuk melaporkan diri untuk Rancangan Latihan Mengajar di setiap sekolah yang telah kami pilih.
Saya telah memilih untuk berpraktikal di daerah Machang iaitu di Sekolah Menengah Hamzah di bandar Machang, Kelantan. Sebagai seorang bakal guru yang mengambil pendidikan dalam jurusan Teknologi Maklumat, saya telah diamanatkan untuk mengajar subjek Teknologi Maklumat (Ting. 4&5) serta subjek Pendidikan Moral & Sivik (Ting. 3&4) .
Berada di sekolah yang pelbagai kaum Melayu, Cina & India adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dan adakalanya mencabar diri sebagai seorang guru. Namun setiap pengalaman, pasti akan membawa kita kepada pengetahuan yang baru dalam hidup ini.

Kenangan Rancangan Orientasi Sekolah
Rancangan Orientasi Sekolah semasa semester empat pengajian. Orientasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar, Kota Bharu Kelantan. Saya didedahkan dengan liku cabaran para guru di sekolah, bagaimana cara mereka mengajar pelajar