Falsafah Aku Seorang Pendidik....
Setiap guru mempunyai tujuan mereka masing-masing dalam menyampaikan ilmu kepada anak murid mereka. Inilah yang dinamakan sebagai falsafah pendidikan seorang insan bergelar guru..
Begitu juga saya, insan yang bakal bergelar seorang guru pada dekad yang mencabar ini. Bagi saya bergelar seorang guru bukanlah suatu tanggungjawab yang mudah. Guru yang terbaik adalah guru yang mengajar dari hati , bukan dari sebuah buku. Itulah jua falsafah hidup seorang guru yang akan saya pegang dan tetapkan dalam hati saya . Semua orang boleh mengajar, tetapi adakah ilmu itu dapat disampaikan dan diamalkan oleh anak muridnya? Oleh itu, apa yang saya impikan adalah saya dapat mendidik anak bangsa saya bukan sahaja dalam menambahkan ilmu mereka, bahkan mencukupkan mereka dengan akhlak yang baik. Ilmu bersulam akhlak pasti melahirkan insan berjaya dunia dan akhirat. |
|